Kegunaan Parang
Secara umumnya parang digunakan untuk memotong. Saiznya yang lebih besar daripada pisau menyebabkan parang digunakan untuk memotong benda yang lebih besar dan keras. Boleh juga dikatakan, parang digunakan untuk kerja-kerja memotong di luar rumah sementara pisau pula untuk kerja memotong di dalam rumah.
Kerja-kerja luar rumah ini juga sinonim dengan kerja-kerja di kebun. Mencantas ranting dan dahan pokok kayu, pelepah kelapa, batang pisang dan juga mengopek atau mengupas kelapa. Walaupun ada terdapat alat-alat lain yang khusus untuk membuat kerja-kerja tersebut, biasanya parang yang ada tersisip dipinggang yang lebih dulu dicapai untuk tujuan memotong. Contoh alat-alat khas adalah seperti gergaji kecil untuk memotong dahan pokok dan perejang untuk mengopek kulit kelapa.
Disebabkan parang digunakan untuk membuat kebanyakan kerja memotong di luar rumah, matanya perlulah tahan daripada cepat sompek. Ia tidak perlu terlalu tajam kerana itu boleh menyebabkan mata parang menjadi tidak tahan. Pada umumnya tuan punya parang tidak mengharapkan dapat motong dahan pokok dengan sekali libas, walaupun kalau boleh itu adalah lebih bagus. Jika terlalu tajam sehingga mata parang cepat sompek juga akan merumitkan kerana telah terganggu kerja.
Pada umumnya, semakin tajam mata parang ia menjadi semakin tidak tahan daripada sompek. Ini kerana mata parang perlu diasah sehingga agak nipis untuk menjadikan ia tajam, semakin nipis mata diasah semakin tajam mata parang. Kerana nipisnya mata parang, bila ditetak pada dahan kayu yang keras, matanya akan sompek. Kerana itu juga biasanya seseorang ada memiliki sebilah parang lain yang mempunyai mata yang sangat tajam yang tidak digunakan untuk kerja-kerja memtong benda keras. Iaitu parang lapah atau parang sembelih.
No comments:
Post a Comment