Parang / Pisau Sembelih
Besi : Lama (tiada info tepat)
Panjang : 8 in
Ulu & Sarung : Kayu
Buatan : Perak
Parang ini mempunyai badan yang panjang dan kurus, dan bahagian mata yang berbentuk melengkung.
Parang ini diberi oleh rakan baik saya dari Batu Gajah, Perak. Saya minta kawan saya ini tolong belikan sebilah parang buatan Perak kerana saya sering dengar parang buatan Perak khususnya Kuala Kangsar adalah sangat berkualiti. Semasa dia serahkan parang ini kepada saya dia menolak bayaran yang saya beri. Katanya, kerana saya minat sangat dengan benda ni, dia beri saja kepada saya. Cumanya, dia tidak tanya, besi apa yang digunakan untuk membuat parang ni.
Mengikut pemerhatian saya, besi nya adalah daripada jenis yang keras, mungkin bearing. Parang ini agak tajam tetapi bukan sangat tajam untuk melapah dan memotong daging. Jadi saya telah minta kawan saya ni bawakan parang ini untuk diasah oleh orang yang mahir. Menurut orang yang tolong mengasahkan itu, besinya memang keras mungkin "besi lama". Saya kurang pasti apa yang dimaksudkan dengan "besi lama" tu. Selepas dia "touch up", parang tu ternyata memang sangat tajam. Terima kasih kepada kawan baik saya dan bapa mertuanya yang memang pakar dalam mengasah.
Pada saya, mengasah pisau /parang ni adalah satu skill yang tak semua orang ada. Saya pun masih mencuba-cuba mengasah tapi belum kuasai lagi skill ni.
No comments:
Post a Comment