Knife


Pisau Jepun 

Orang Jepun mempunyai berbagai jenis pisau yang direka khusus untuk kegunaan tertentu. Mereka begitu teliti sehingga terdapat begitu banyak design pisau. Contohnya ada pisau untuk potong sayur, pisau untuk kupas buah, pisau untuk siang ikan dan banyak lagi hingga berpuluh jenis.

Pisau buatan Jepun memang berkualiti. Ianya sangat tajam dan ketajamannya tahan lama (tanpa perlu kerap diasah). Pisau terdapat jenis yang biasa sehinggalah kepada yang special untuk golongan professional. Pisau biasa, dibuat dikilang oleh mesin manakala yang special dibuat oleh tukang pisau (bladesmith) yang mahir dengan tangan (handmade). Ia dibuat dengan teknik tertentu yang diwarisi sejak beratus tahun duhulu. Mereka juga menggunakan besi yang istimewa yang didapatkan daripada pengilang besi terkemuka di negara mereka. Dikatakan besi ini begitu istemewa sehingga ianya tidak dijual kepada orang luar dalam bentuk asasnya. Orang luar hanya boleh membeli produk akhir contohnya pisau yang telah siap.

Santoku 

Pisau ini dipanggil Santoku dalam bahasa Jepun. Ia adalah pisau serba guna untuk kerja-kerja dapur. Boleh digunakan untuk memotong sayur, buah, daging dan ikan.

Besi : Stainless Steel
Panjang mata : 165mm
Ulu : Kayu
Bilah mata : Dua sisi (double sided)

Pisau ini juga pemberian daripada abang selepas pulang daripada menamatkan pelajaran di Jepun. Matanya nipis dan sangat tajam semasa keluar dari kotak. Ketajaman tahan lama dan agak mudah untuk diasah. Mata pisau ini direka untuk memotong secara slice bukan tetak. Pernah digunakan untuk memotong tulang ayam dengan menetak, akibatnya mata pisau ini telah sumpik. Telah dipulihkan semula dengan menggunakan batu asah.

Satu kelemahan ialah pada ulu yang dibuat daripada kayu jenis lembut. Setelah digunakan beberapa lama, basah kering berulang kali, ulunya tertanggal. Perlu dipulihkan, jadi buat  masa ini pisau ini disimpan saja.

Secara keseluruhannya, pisau buatan Jepun ini memang sangat tajam dan selesa digunakan tetapi bukan untuk memotong benda keras dengan cara menetak.


No comments:

Post a Comment