Wednesday, July 24, 2013

Parang / Pisau Sembelih




Besi : Lama (tiada info tepat)
Panjang : 8 in
Ulu & Sarung : Kayu
Buatan : Perak

Parang ini mempunyai badan yang panjang dan kurus, dan bahagian mata yang berbentuk melengkung.

Parang ini diberi oleh rakan baik saya dari Batu Gajah, Perak. Saya minta kawan saya ini tolong belikan sebilah parang buatan Perak kerana saya sering dengar parang buatan Perak khususnya Kuala Kangsar adalah sangat berkualiti. Semasa dia serahkan parang ini kepada saya dia menolak bayaran yang saya beri. Katanya, kerana saya minat sangat dengan benda ni, dia beri saja kepada saya. Cumanya, dia tidak tanya, besi apa yang digunakan untuk membuat parang ni. 

Mengikut pemerhatian saya, besi nya adalah daripada jenis yang keras, mungkin bearing. Parang ini agak tajam tetapi bukan sangat tajam untuk melapah dan memotong daging. Jadi saya telah minta kawan saya ni bawakan parang ini untuk diasah oleh orang yang mahir. Menurut orang yang tolong mengasahkan itu, besinya memang keras mungkin "besi lama". Saya kurang pasti apa yang dimaksudkan dengan "besi lama" tu. Selepas dia "touch up", parang tu ternyata memang sangat tajam. Terima kasih kepada kawan baik saya dan bapa mertuanya yang memang pakar dalam mengasah. 

Pada saya, mengasah pisau /parang ni adalah satu skill yang tak semua orang ada. Saya pun masih mencuba-cuba mengasah tapi belum kuasai lagi skill ni.



Monday, July 22, 2013

Parang lapah Besi Pemotong / Cutter




Besi : Cutter (Kalau tak salah, road cutter)
Ulu & Sarung : Kayu (tak dketahui jenis apa)
Panjang mata : 7 in

Parang lapah ini bersaiz kecil, boleh juga kalau nak dipanggil pisau cuma rekabentuknya seperti parang. Parang ini diberi oleh sepupu dalam tahun 2002. Parang ini dibuat oleh seorang tukang besi Melaka yang juga kawan sekolahnya dulu. Info yang diberi, besi yang digunakan untuk membuat mata parang ini ialah besi pemotong jalan (road cutter). Boleh dikategorikan sebagai besi berkarbon tinggi (high carbon). Memang tajam dan tahan (tidak perlu kerap diasah). Ia juga ringan, tidak terasa penat semasa membuat kerja melapah. Pada saya satu kelemahan ialah terlalu cepat timbul kesan-kesan seperti karat. Selepas diasah, jika lambat disapu minyak, akan terdapat kesan-kesan berwarna kuning pada besinya.


Tuesday, July 16, 2013


Parang Sembelih 




Besi : Bearing
Panjang Mata : 12 inci
Ulu & sarung : Kayu (tidak diketahui jenisnya)
Buatan : Melaka

Parang ini diberi oleh abang semasa baru berpindah rumah sekitar tahun 1998. Abang yang kenal tukang yang membuat parang ini yang menetap di Alor Gajah Melaka. Parang ini semasa saya terima memang sedia tajam. Tidak pernah digunakan untuk menyembelih kerana belum mendapat peluang. Tetapi pernah digunakan untuk memotong pokok kecil semasa bergotong royong membersih kawasan. Akibatnya mata parang rosak sedikit kerana terdapat sompek kecil pada matanya. Besi mata parang ini sangat keras dan agak susah mengasahnya dengan batu asah biasa. Tetapi selepas diasah, parang ini menjadi sangat tajam dan ketajamannya tahan lama tanpa perlu kerap diasah.